President's Message

UCAPAN SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK

Assalamu 'alaikum Wbt

Alhamdulilah bertemu lagi kita di bulan Ramadhan yang mulia penuh dengan keberkatan dan ganjaran. Beruntunglah bagi mereka yang melayari Ramadhan dengan Amal Ibadat kerana di bulan yang mulia ini pelbagai ganjaran berlipat ganda menanti. Ramadhan adalah bulan yang menguji kesabaran kita, bukan sahaja menahan lapar dan dahaga tetapi juga menguji tutur kata, perbuatan, hubungan sesama manusia serta alam semesta dan tak lupa hubungan antara keluarga dan sahabat.

Sama samalah kita menyambut Ramadhan secara sederhana dan elakan pembaziran. Sayangi diri kita dengan menjaga kesihatan dan sayangi bumi kita dengan memastikan tiada pencemaran dan semaikan budaya kebersihan.

Gersang bumi tanpa hujan.... gersang akal tanpa ilmu.... gersang hati tanpa iman....gersang jiwa tanpa amal....

Marhaban ya Ramadhan...   Selamat menunaikan ibadah puasa mohon maaf Zahir dan batin

 

OP Salleh Mohd Nor