Our News

Let's Talk with MACC

Tanggal 8 April 2017 berlangsung majlis "Let's Talk With MACC" dengan tetamu jemputan Ybhg. Dato' Abdul Samat bin Kasah Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat. Majlis berlangsung dengan begitu baik dengan perkongsian ilmu berkaitan bidang tugas dan perkongsian cabaran SPRM dalam melaksanakan tugas.

Ucapan Presiden OPA sebagai kata kata aluan menyentuh aspek intigriti dalam menjalani kehidupan seharian dan tanggung jawab sebagai seorang pemimpin. "Ledership by Example" adalah teras kepimpinan yang mampu membawa budaya Intigriti.

Kejujuran dan sikap terbuka tetamu jemputan menjadikan majlis lebih bermakna dengan perkongsian ilmu dan pengalaman. Banyak soalan yang di jawab dari OP yang hadir dan di layan dengan baik oleh tetamu jemputan. Perbincangan berterusan hingga ke meja makan telah membuktikan sikap terbuka kedua dua belah pihak.

Majlis berakhir dengan acara bergambar beramai ramai dengan tetamu jemputan. Kebanyakan yang hadir merasa puas hati dan pihak kami menerima maklum balas yang baik.

 

  • 17 May 2017
  • 06:50 PM

Recent News