Mahasiswa Pemacu Perpaduan Negara

MAHASISWA bukan sekadar berperanan di bilik kuliah semata-mata untuk lulus peperiksaan demi menggenggam segulung diploma atau ijazah. Bahkan, mereka merupakan pewaris kepimpinan negara pada masa hadapan. Atas sebab inilah Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Islam IPT Peringkat Kebangsaan telah diadakan pada 27–29 Ogos 2018 di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).