admin@opa.org.my+603-7846 3110
  • Login
TOP Menu

Sign Up

FacebookTwitterYouTubeInstagram
Old Putera AssociationOld Putera Association
Old Putera Association
The OLD PUTERA ASSOCIATION is an old boys’ association. It contains information on the Association, its members and its alma mater.
  • HOME
  • ABOUT OPA
    • PRESIDENT’S MESSAGE
    • OPA EXCO MEMBER
      2019-2020
    • OUR HISTORY
  • NEWS & EVENTS
  • GALLERY
  • CONTACT
  • LOGIN
Menu back  
ARTICLES

JOHARI YAP

Mahasiswa Pemacu Perpaduan Negara

JOHARI YAP
4 SEPTEMBER 2018

MAHASISWA bukan sekadar berperanan di bilik kuliah semata-mata untuk lulus peperiksaan demi menggenggam segulung diploma atau ijazah. Bahkan, mereka merupakan pewaris kepimpinan negara pada masa hadapan.

Atas sebab inilah Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Islam IPT Peringkat Kebangsaan telah diadakan pada 27–29 Ogos 2018 di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Ini merupakan program kali ketiga anjuran bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UNISZA, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni (PTNC HEPA), dan Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK). Program selama tiga hari ini melibatkan hampir 200 pemimpin mahasiswa Islam dari 47 IPTA, IPTS, politeknik dan kolej komuniti.

Dalam ayat 33 Surah ar-Rahman, ALLAH SWT berfirman bahawa manusia dan jin tidak akan dapat menguasai dunia dan seisinya melainkan dengan kekuasaan ilmu. Sejarah juga telah membuktikan bahawa ilmu memainkan peranan penting dalam menentukan kegemilangan dan kejatuhan sesuatu tamadun.

Globalisasi pada hari ini jelas menunjukkan penguasaan ilmu, khususnya dalam bidang sains dan teknologi, menyebabkan negara-negara maju di Barat juga Jepun telah menjadi pelopor kepada pelbagai corak kehidupan.

Namun, kejayaan membina tamadun yang benar-benar gemilang bukan sahaja memerlukan keampuhan daripada segi keintelektualan atau kesarjanaan ilmu semata-mata tetapi juga keterampilan diri serta kemantapan sahsiah dan kepimpinan.

Dalam hal ini, program yang telah diadakan dibahagi kepada lima slot berteraskan lima prinsip Rukun Negara, diharap telah membuka minda para pemimpin mahasiswa Islam yang hadir tentang ideologi kebangsaan Malaysia.

Perbincangan yang melibatkan panel jemputan yang terdiri daripada ahli politik, tokoh akademik, pakar motivasi dan individu-individu daripada beberapa bidang yang lain telah mengupas inti pati Rukun Negara daripada perspektif Islam.

Secara ringkasnya, ia melihat kepada prinsip hidup bermasyarakat yang mengandungi nilai-nilai kenegaraan dan norma-norma sosial yang meliputi semua aspek kehidupan bernegara.

Sebagai sebuah negara berbilang kaum yang mempunyai nilai hidup sosial, kebudayaan dan kepercayaan yang berbeza-beza, perpaduan memerlukan sesuatu yang mampu mengeratkan dan menyatukan rakyat.

Rukun Negara yang telah diisytiharkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah, pada 31 Ogos 1970 antaranya bertujuan untuk dijadikan prinsip hidup semua rakyat Malaysia bagi membentuk perpaduan kaum dan keamanan negara.

Dalam konvensyen tersebut, saya telah digandingkan dengan saudara Shah Kirit sebagai ahli panel untuk forum bertajuk “Kesopanan Dan Kesusilaan: Lambang Keutuhan Perpaduan Kaum” bagi membincangkan Rukun Negara yang kelima.

Hari ini, sikap bersopan santun dan bersusila semakin terhakis. Ia bukan sahaja dapat dilihat dengan jelas di media sosial malah dalam kehidupan seharian. Masyarakat kita, secara umumnya, sudah tidak lagi mempunyai tata susila komunikasi mahupun sikap saling menghormati sehingga bukan sahaja menimbulkan perbalahan kaum malah konflik yang langsung tidak bermanfaat.

Yang amat membimbangkan adalah ia telah membentuk budaya baharu yang kini diwarisi oleh anak-anak kecil. Natijahnya, kata-kata yang tidak baik mahupun kesat dan sikap agresif yang cenderung kepada kontroversi menjadi kebiasaan bagi pewaris masa depan negara.

Mahasiswa yang merupakan pelapis kepimpinan negara memainkan peranan penting dalam menyuntik semangat perpaduan yang luhur dalam sanubari generasi muda. Konvensyen ini diharapkan dapat melahirkan pemimpin mahasiswa yang mempunyai adab yang tinggi dan bijak dalam menangani persoalan-persoalan sensitif.

Tingkah laku yang baik, budi pekerti yang halus, dan tutur kata yang sopan perlu dipupuk dan diamalkan, tanpa mengira bangsa, agama atau perbezaan darjat. Hanya dengan cara inilah Malaysia akan dapat terus aman dan damai.

Terdapat peribahasa Melayu yang berbunyi, “bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat”. Semangat perpaduan amat penting dalam usaha melahirkan masyarakat yang bermuafakat dan menyemarakkan integrasi nasional dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum.

Mengamalkan Rukun Negara akan melahirkan masyarakat yang bersatu padu dan saling menghormati. Sesungguhnya perpaduan amat penting untuk membantu memulihkan dan mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi dan mengekalkan kestabilan politik negara kita. Sayangi Malaysiaku.

 

* Penulis adalah pengerusi Macma Kelantan dan Ajk Perkim Kelantan
Sumber: http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/johari-yap/mahasiswa-pemacu-perpaduan-negara-1.875577
ANNOUNCEMENTS
  • NOTICE OF MEETING | 50TH ANNUAL GENERAL MEETING (A

    December 8, 2020

  • Announcement on the The Old Putera Association (OP

    November 20, 2020

  • OPA Chinese New Year 2020 Celebration

    February 3, 2020

  • OP BHAJAN’S BOOK LAUNCH

    November 7, 2019

    A Book Launch on OP Bhajan’s Autobiography “Lucky By Chance” was held on Wednesday, 9 October 2019 at 1530 hours at the Penthouse, Bangunan OPA, Saujana Resort. under the auspices of the FMC Port Dickson Budak Boy group.

  • Happy Diwali Festival of Lights 2019

    September 27, 2019

    On behalf of the Organising Committee, we would like to extend a very warm invitation to all OP and spouses/partners/ children to this year’s Deepavali Night as we come together in our true spirit of brotherhood and camaraderie See you all there.

  • Annual General Meeting 2019

    July 9, 2019

    ANNUAL GENERAL MEETING 2019  Date : 20 July, 2019 Time 10:00am Venue : Penthouse, OPA Building, Lingkungan Golf, Saujana Resort, Section U2, 40150 Shah Alam, Selangor

  • OPA ANNUAL TAHLIL 2019

    July 9, 2019

    OPA ANNUAL TAHLIL 2019 Date : 18 July, 2019 Time : 7:00pm – 11:00pm Venue : Penthouse, OPA Building, Lingkungan Golf, Saujana Resort, Section U2, 40150 Shah Alam, Selangor

  • OPA 49th Annual Dinner

    May 9, 2019

    REMEMBERING THE DAYS | OPA 49th Annual Dinner (20 July 2019) Tables/Seats can be purchased at: Email: Admin@opa.org.my Tel: 03 7846 3110 (office hour)

  • Majlis Berbuka Puasa OPA

    May 9, 2019

    OPA mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada semua yang beragama Islam. Semoga amalan kita semua diberkati Allah. Diharap OP2 semua sudi hadir kemajlis buka Puasa di OPA Penthouse. All OPs can join us for a round of teh tarik at 2100 hrs onwards.

  • OPA DIWALI NIGHT 2018 CELEBRATION

    October 24, 2018

    On the auspicious festival of lights, may the glow of joy, prosperity and happiness illuminate your life! Join us for this celebration.

prev next


BERITA OPA 2020 – V2

OP JAY NG FUNDRAISING
NEWS & EVENTS
  • OPA Chinese New Year 2020 Celebration
    February 3, 2020
  • Happy Diwali Festival of Lights 2019
    September 27, 2019
  • Annual General Meeting 2019
    July 9, 2019
  • OPA ANNUAL TAHLIL 2019
    July 9, 2019
  • OPA 49th Annual Dinner
    May 9, 2019
  • Majlis Berbuka Puasa OPA
    May 9, 2019
FACEBOOK
Old Putera Association

OPA LOGIN
SIGN UP AS MEMBER

CONTACT INFORMATION

Address:
Penthouse, Bangunan OPA,
Saujana Resort, Section U2
40150 Shah Alam, Selangor,
Malaysia.

Phone numbers:
P: +603-7846 3110
F: +603-7846 3119

Email:
admin@opa.org.my

Find us on:

FacebookTwitterYouTubeInstagram
NAVIGATION
  • HOME
  • ABOUT OPA
  • NEWS & EVENTS
  • GALLERY
  • CONTACT
  • LOGIN
NEWSLETTER

 Subscribing I accept the privacy rules of this site

SEND US A MESSAGE







2018 © OLD PUTERA ASSOCIATION (OPA). All Rights Reserved.

Developed by: hedgeLab